Senin, 07 Mei 2012
Riwayah Hidup Syekh Ibnu Hajar Al-Haitami (wafat 974H)
Nama lengkap beliau adalah Syihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami
Lahir di Mesir tahun 909 H. dan wafat di Makkah tahun 974H. ( I’anatut Talibin Juzu’ I halaman 18).
Pada waktu kecil beliau diasuh oleh dua orang Syeikh, yaitu
1. Syeikh Syihabuddin Abul Hamail
2. Syeikh Syamsuddin Asy-Syanawi
Pada usia 14 tahun beliau belajar ke Jami’ Al-Azhar.
Pada Universiti Al-Azhar beliau belajar kepada Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansari
dan lain-lain. Kitab-kitab karangan beliau banyak sekali, di antaranya:
1. Kitab Tohfatul Muhtaj Al-Syarhil Minhaj (10 jilid besar), sebuah
kitab fiqih dalam Mazhab Syafi’i yang sampai saat ini dipakai dalam
sekolah sekolah tinggi Islam di seluruh dunia, khususnya di
Indonesia.
Kitab ini setaraf dengan kitab Nihayatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj
(8 jilid besar) karangan Imam Ramli (wafat 1004H).
Kedua-dua kitab ini adalah tiang tengah dari Mazhab Syafi’i, tempat
kembali Ulama’-ulama’ Syafi’iyah dalam masalah-masalah agama di
Indonesia pada waktu ini.
2. Kitab fiqih Fathul Jawad.
3. Kitab fiqih Al-Imdad.
4. Kitab fiqih Al-Fatawa.
5. Kitab fiqih Al-‘Ubad.
6. Kitab Fatawa Al-Haditsiyah.
7. Kitab Az-Zawajir, Fightirafil Kabaari.
8. Asy-Syawa’iqul Muhriqah Firradi Al-Azzindiqah.
9. Dan banyak lagi yang lainnya.
Perlu diperingkatkan kepada pembaca bahawa dalam lingkungan
Para Ulama Syafi’iyah terkenal dua orang Ibnu Hajar, yaitu:
1. Ibnu Hajar Al-‘Asqolani (wafat 852H) pengarang kitab Fathul
Bari Al-Syarhil Bukhari dan kitab hadits Bulughul Maram dan
lain-lain.
2. Ibnu Hajar Al-Haitami (wafat 974H), pengarang kitab Tohfah
yang kita bicarakan sekarang ini.
Tetapi yang sangat terkemuka di antara dua orang Ulama’ Ibnu
Hajar ini, adalah Ibnu Hajar Haitami
kerana Ibnu Hajar Al-‘Asqolani lebih banyak kesibukannya dalam ilmu hadits dari pada ilmu fiqih.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar